Saturday 6 October 2012

BELAJAR BAHASA BANJAR ....


ASSALAMUALAIKUM...
Ketandusan idea membuatkan saya lama berfikir untuk menulis mengenai apa pula pada entri kali ini. Tiba-tiba, saya teringat untuk telefon ayah di kampung. Ayah saya adalah  berketurunan Banjar, maka entri kali ini saya ingin mengajar serba sedikit bahasa Banjar yang selalu ayah gunakan di rumah.
Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan Indonesia. Bahasa Banjar meruapakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu Alai, Masin dan lain-lain.
Perkataan banjar yang sering ayah gunakan di rumah adalah seperti berikut :
·         Bagawi yang bermaksud bekerja
·         Bahari yang bermaksud dahulu kala
·         Bahirak yang bermaksud buang air besar
·         Kadak hingkat bermaksud tidak boleh
·         Palilak bermaksud bunga teratai
·         Kulaan bermaksud saudara-mara
·         Niring bermaksud tengok
Pada mulanya saya agak tidak faham bahasa Banjar tapi setelah lama mendengar saya cuba faham sedikit demi sedikit. Tambahan pula, sekarang saya sudah berpindah ke kampung ayah di mana hampir kesemua masyarakat di situ berketurunan Banjar, jadi lebih mudah untuk saya terus mendalami bahasa ini. Bahasa Banjar ini perlu terus diamalkan oleh generasi muda agar tidak terus hilang begitu sahaja pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment