Sunday 30 September 2012

MENCELAH ATAU 'TURN-TAKING'


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
            Saya ada satu cerita menarik yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Benda ini sudah lama berlaku, namun baru sekarang berkesempatan untuk dikongsikan bersama. Masa cuti semester yang lalu saya berkesempatan pergi bersiar-siar di Pulau Pinang bersama keluarga. Kami pusing-pusing satu Penang. Kemudian, kami pergi ke Padang Kota untuk menikmati pasembur. Pasembur Penang teramat sedap.
            Namun, di sini bukanlah saya ingin bercerita mengenai semua itu tapi saya ingin menceritakan mengenai masalah ‘turn-taking’.  ‘Turn-taking’ atau dalam bahasa Melayu ialah mencelah merupakan satu tingkah laku yang tidak  sopan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini acapkali berlaku pada kanak-kanak atau remaja yang mana suka mencelah semasa orang tua berbual-bual. Terdapat adab-adab dalam mencelah yang perlu kita ketahui.
            Adab adalah terdiri daripada berikut :
·         Hendaklah kita diam dan mendengar dari orang yang lebih mulia ... lebih berilmu dan lebih tua umurnya ... Di samping mendengar, juga perlu menghadap kepadanya dan memandang mukanya ... macam bila kita memandang khatib bila berada bersama-sama jemaah solat Juma'at ataupun di majlis ilmu

·         Jangan mencelah hingga orang selesai bercakap di dalam suatu majlis ... kerana pada satu-satu majlis, orang-orang yang berakal tidak akan bercakap kepada dua orang sekali gus.

·         Jangan memotong percakapan seseorang .. jangan memperbaiki, mengkritik, menyalahkan atau merendahkan ucapannya ... ni kes orang-orang yang suka menokok tambah cakap orang lain secara beradap atau pun di belakangnya ... biasanya sampai berlaku salah tafsir cakap orang (misinterpretation) ... BAHAYA nih!!!

            Allah s.w.t berfirman:
            "Dan berkatalah kepada manusia dengan yang baik".

           (Soorah Al Baqarah ayat 83)
"Dan janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan  sesuatu yang lebih baik" (Soorah Al Ankabut ayat 46)
Semasa berada di Pulau Pinang saya memerhatikan gelagat ramai orang. Kemudian saya terpandang satu keluarga yang sedang bersembang-sembang antara mereka. Saya mendengar ada seorang remaja daripada kalangan keluarga tersebut yang asyik mencelah apabila orang tuanya bersembang. Pada saya perkara ini adalah sangat tidak sopan. Sepatutnya dia tidak boleh mencelah sewenang-wenangnya semasa orang yang lebih tua berbual. Oleh itu, saya kongsikan adab di atas untuk panduan mencelah yang boleh digunakan oleh rakan-rakan semua....:)




No comments:

Post a Comment