Tuesday 16 October 2012

KESALAHAN HUKUM D-M


Assalamualaikum...
Indah sungguh ciptaan Allah. Alhamdulillah hari ini cerah, cuaca elok dan alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk terus bernafas pada hari ini. Pada kali ini entri blog saya adalah berkisar mengenai kesalahan hukum D-M yang selalu kita gunakan. Peraturan atau hukum D-M ini bermaksud diterangkan  (D) dan menerangkan (M). Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, dalam peraturan ini unsur diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama  dan unsur   menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Ini ialah contoh hukum D-M ynag betul :
           
FRASA NAMA
Diterangkan (D)
Menerangkan (M)
Klinik
Baju
Kelapa
Askar
Lampu
Gigi
Kurung
Sawit
Jepun
Minyak

Kesalahan hukum D-M yang sering dilakukan adalah seperti ini :
·        Aminah Restoran sepatutnya Restoran Aminah.
·        Raju Klinik sepatutnya Klinik Raju.
·        Kerinting Rambut Salon sepatutnya Salon Kerinting Rambut.
Oleh itu, kita perlulah ambil berat mengenai hukum D-M ini agar tidak lagi berlaku kesalahan tambahan pula, kesalahan pada papan tanda kedai atau sebagainya.

KATA GANTI NAMA DIRI ORANG BERDASARKAN DIALEK


Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Diharap semua sihat-sihat hendak-Nya. Bersyukur saya, kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Alhamdulillah. J  Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dalam pelbagai dialek di Malaysia. Terdapat pelbagai dialek di Malaysia, antaranya Utara yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, dialek Negeri Sembilan, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan lain-lain.
            Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manuisa dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Di sini saya hanya meneliti kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Kata ganti nama diri orang pertama mengikut standard Tatabahasa Dewan ialah saya, aku, beta, patik, kami, dan kita. Kata ganti nama diri orang kedua pula terdiri daripada saudara, kamu, awak, engkau, dan anda. Namun, kesemua kata ganti nama diri orang ini bertukar mengikut dialek negeri masing-masing. Mari kita lihat sama-sama kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dalam dialek setiap negeri.
Negeri
Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
Perak
Teman (saya), Keimer(kami,kita)
Miker(awak), Mengkomer(kamu)
Kedah
Cheq (saya)
Hangpa (kamu)
Sarawak
Kamek (saya)
Kitak (kamu)
Kelantan
ambo (saya)
Demo (kamu)
Terengganu
Kawe, Ambo (saya)
Mung (engkau)

Negeri Sembilan
Eden (saya)
Ekau (engkau)

                       













Kesemua kata ganti nama diri sungguh berbeza mengikut dialek negeri dengan kata ganti nama diri orang standard.
                                                              

SARAWAK OH SARAWAK...


Assalamualaikum...
            Saya teringin sangat untuk terbang ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang.  Menurut apa yang saya ketahui Sarawak mempunyai tempat-tempat yang menarik. Tempat-tempat menarik itu seperti bandar Kuching, Taman Negara Bako dan banyak lagi. Di samping itu, bahasa atau dialek Sarawak juga unik dan menarik untuk dipelajari. Saya mempunyai seorang kawan yang berasal dari Sarawak. Dia tinggal di dearah kecil Julau, Sarikei. Apabila selalu bersembang dengannya, saya tertarik untuk belajar dialeknya.
            Antara perkataan yang sempat saya pelajari adalah seperti berikut :
                                                 -       Kamek : Saya
                                                 -     Kitak : Awak
                                                 -    Belon : Kapal Terbang
                                                 -      Kacak : Cantik
                                                       -  Manok : Ayam
                                                       -  Pusak : Kucing
                                                      -  Nyaman : Sedap
                                                      -  Lawa : Sombong
   
Perkataan inilah mula-mula saya belajar daripada kawan saya. Terdapat perbezaan dengan dialek negeri-negeri lain. Oleh itu, berhati-hatilah bila bercakap di tempat orang kerana mungkin maknanya menjadi lain bagi mereka. Jom jelajah negeri Sarawak bersama-sama. Sekian...


PANTANG LARANG MELAYU...


Assalamualaikum...
Masyarakat kita begitu kaya dengan pantang larang. Pelbagai pantang larang tercipta sejak dari dahulu kala. Antara pantang larangnya adalah pantang larang kepada bakal pengantin. saya kongsikan pantang larang bakal pengantin ini kerana terdapat kawan rapat saya akan bergelar pengantin sedikit masa lagi.
     Oleh itu, di sini saya sertakan  beberapa  pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
           
Pantang larang
Sebab pantang larang wujud
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
Mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
1.      Menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
Menjaga nama baik keluarga.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
boleh dapat tiroid





BAHASA KITA...


Assalamualaikum...
            Pada minggu ini saya, mengikuti satu program besar, iaitu Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu. Saya amat teruja untuk mengikutinya kerana pembentang-pembentang terdiri daripada tokoh bahasa yang terkenal. Persidangan ini melibatkan Negara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Persidangan ini membincangkan cara untuk memartabatkan bahasa Melayu. Persidangan ini juga diadakan sempena bulan bahasa Melayu peringkat kebangsaan.
            Oleh itu, saya ingin bercerita serba sedikit mengenai bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Indonesia dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Penggunaan bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu perlu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi kita. Sekian...