Tuesday 16 October 2012

KATA GANTI NAMA DIRI ORANG BERDASARKAN DIALEK


Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Diharap semua sihat-sihat hendak-Nya. Bersyukur saya, kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Alhamdulillah. J  Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dalam pelbagai dialek di Malaysia. Terdapat pelbagai dialek di Malaysia, antaranya Utara yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, dialek Negeri Sembilan, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan lain-lain.
            Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manuisa dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Di sini saya hanya meneliti kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Kata ganti nama diri orang pertama mengikut standard Tatabahasa Dewan ialah saya, aku, beta, patik, kami, dan kita. Kata ganti nama diri orang kedua pula terdiri daripada saudara, kamu, awak, engkau, dan anda. Namun, kesemua kata ganti nama diri orang ini bertukar mengikut dialek negeri masing-masing. Mari kita lihat sama-sama kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dalam dialek setiap negeri.
Negeri
Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
Perak
Teman (saya), Keimer(kami,kita)
Miker(awak), Mengkomer(kamu)
Kedah
Cheq (saya)
Hangpa (kamu)
Sarawak
Kamek (saya)
Kitak (kamu)
Kelantan
ambo (saya)
Demo (kamu)
Terengganu
Kawe, Ambo (saya)
Mung (engkau)

Negeri Sembilan
Eden (saya)
Ekau (engkau)

                       













Kesemua kata ganti nama diri sungguh berbeza mengikut dialek negeri dengan kata ganti nama diri orang standard.
                                                              

No comments:

Post a Comment