Tuesday 16 October 2012

PANTANG LARANG MELAYU...


Assalamualaikum...
Masyarakat kita begitu kaya dengan pantang larang. Pelbagai pantang larang tercipta sejak dari dahulu kala. Antara pantang larangnya adalah pantang larang kepada bakal pengantin. saya kongsikan pantang larang bakal pengantin ini kerana terdapat kawan rapat saya akan bergelar pengantin sedikit masa lagi.
     Oleh itu, di sini saya sertakan  beberapa  pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
           
Pantang larang
Sebab pantang larang wujud
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
Mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
1.      Menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
Menjaga nama baik keluarga.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
boleh dapat tiroid





No comments:

Post a Comment