Tuesday 16 October 2012

BAHASA KITA...


Assalamualaikum...
            Pada minggu ini saya, mengikuti satu program besar, iaitu Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu. Saya amat teruja untuk mengikutinya kerana pembentang-pembentang terdiri daripada tokoh bahasa yang terkenal. Persidangan ini melibatkan Negara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Persidangan ini membincangkan cara untuk memartabatkan bahasa Melayu. Persidangan ini juga diadakan sempena bulan bahasa Melayu peringkat kebangsaan.
            Oleh itu, saya ingin bercerita serba sedikit mengenai bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Indonesia dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Penggunaan bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu perlu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi kita. Sekian...

No comments:

Post a Comment