Friday 12 October 2012

DIALEK TERENGGANU...


Assalamulaikum...
            Pada entri-entri yang lepas saya lebih banyak berkongsi tentang dialek orang sebelah utara, pada entri kali ini saya ingin bercerita tentang dialek orang Pantai Timur pula, iaitu dialek negeri Terengganu. Kita sendiri tahu bahawa dialek Pantai Timur ini sukar untuk kita fahami sama ada negeri Kelantan mahupun Terengganu. Sekarang ini, ceramah Ustaz Azhar menjadi budaya popular dalam kalangan masyarakat. Rata-rata masyarakat pernah mendengar atau menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus tersebut. Beliau menggunakan dialek Terengganu yang agak kuat sehingga terdapat perkataan yang tidak difahami bagi masyarakat di negeri lain selain Terengganu.
            Antara dialek yang sering saya dengar Ustaz Azhar Idrus gunakan dalam ceramahnya ialah :
·         Senyum sokmo : senyum selalu.
·         Rilek betor : rehat sekejap.
·         Come lote : sangat cantik,lawa, comel
·         Berat nanang : terlalu berat.
·         Ringan lepong : terlalu ringan
·         Hudoh lipang : terlalu hodoh.
·         Tawo hebeh : tawar sangat.
·         Masing rebing : masakan yang terlalu masin rasanya
·          Terang derang : suasana yang cerah, terang.
·         Gelap gelemap : gelap yang teramat sangat pada waktu malam biasanya.
·         Pakak gie belako : sepakat untuk pergi semua.
·         Kenang benor : berkenan sangat @ sangat suka.
·         Jupe mung di nung : jumpa kau di sana.
 Inilah antara perkataan yang sering digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya. Dialek yang saya kongsikan ini lebih banyak berkaitan kata penguat adjektif bagi dialek Terengganu. Saya suka mendengar dialek Terengganu ini, kerana bunyinya agak menarik. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah belajar semua dialek bahasa yang terdapat disetiap negeri. Rugilah kita jika tidak tahu langsung mengenai dialek bagi sesebuah negeri tersebut. Marilah belajar bahasa dialek kita...Sekian...

No comments:

Post a Comment