Friday 12 October 2012

KEPENTINGAN RUJUKAN HORMAT...


Assalamualaikum...
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kudrat oleh-Nya untuk meneruskan penulisan entri blog saya ini. Pada penulisan kali ini saya ingin mengenegahkan masalah rujukan hormat yang diguna pakai secara sambil lewa. Sedang sibuk bermuka buku ‘facebook’ , saya terlihat satu poster mengenai program bicara wanita yang bertajuk ‘Indahnya Wanita, Penyejuk Mata, Penghibur Jiwa’. Saya meneliti poster tersebut kerana saya tertarik dengan tajuk yang akan dibincangkan. Walaupun program tersebut telah lepas pada hari jumaat minggu lepas, jika tidak bolehlah saya mengikutinya. Namun, di sini bukanlah saya ingin bercerita tentang program tersebut tetapi tentang penggunaan rujukan hormat bagi penceramah program tersebut.
            Jika kita lihat dari segi rujukan hormat yang standard ‘Yang BerBahagia’ digunakan untuk orang yang bergelar Tan Sri, Datuk, Profesor  dan  Doktor. Poster tersebut menggunakan rujukan hormat yang salah bagi penceramah tersebut. Penceramah tersebut tidak mempunyai gelaran anugerah seperti Datuk atau sebagainya maka, penggunaan rujukan hormat yang sesuai adalah ‘Yang Berusaha’ sahaja. Ulasan saya mengenai masalah ini adalah, pihak terbitan poster dan pihak penganjur perlu mengetahui senarai rujukan hormat yang betul agar tidak berlaku kesalahan lagi. Jika program melibatkan orang kenamaan, hal ini akan memalukan pihak penganjur.
Sekian, terima kasih.                                

No comments:

Post a Comment