Wednesday 10 October 2012

BELAJAR BAHASA BANJAR SIRI 2


ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Maka, oleh itu bolehlah saya meneruskan penulisan dalam blog saya ini. Setelah dua minggu saya menulis entri pelbagai maklumat yang saya telah kongsikan dengan kawan-kawan. Pada entri kali ini saya ingin meneruskan lagi berkongsi mengenai bahasa banjar.
            Jika entri saya yang lepas hanya beberapa perkataan sahaja yang saya sampaikan dalam bahasa banjar namun, kali ini saya ingin menambah lagi perkataan yang sering saya dengar ayah gunakan. Ayah sering menyuruh saya dan adik-beradik yang lain belajar bahasa banjar, namun saya agar sukar untuk belajarnya.
            Antara perkataan yang sering ayah gunakan di rumah adalah seperti berikut :
·         Aruh yang bermaksud kenduri.
·         Bapadah yang bermaksud memberitahu.
·         Semangka yang bermaksud tembikai.
·         Basurah yang bermaksud bercakap.
·         Ganal yang bermaksud  besar.
·         Halui yang bermaksud kecil.
·         Iwak yang bermaksud ikan.
·         Nginum yang bermaksud minum.
Inilah perkataan yang sering ayah gunakan di rumah ketika bercakap dengan emak atau saya adik-beradik. Apabila selalu dengar kami mulai faham bahasa banjar sedikit demi sedikit. Semoga bahasa banjar tidak hilang ditelan zaman.


Kuih tradisional orang Banjar ( kuih kalakater ).

No comments:

Post a Comment