Sunday 30 September 2012

ROSAK BAHASA KITA


Sejak bermulanya zaman facebook, twitter dan sebagainya semakin banyak bahasa pelik muncul ‘bak cendawan turun selepas hujan’. Jika kita dapat lihat pelbagai bahasa yang  remaja gunakan dalam facebook mereka. Penggunaan ejaan yang mampu merosakkan bahasa telah berleluasa sehingga mungkin boleh mengundang keburukan. Contohnya, mungkin remaja tersebut akan menggunakan kesilapan ejaan dalam peperiksaan yang mereka hadapi.
            Remaja ini menggunakan perkataan seperti berikut :
·         Kitew atau itew untuk kita
·         Nty untuk nanti
·         Kew untuk ke
·         Budawk untuk budak
·         Ngadew untuk mengada
·         Anjew untuk manja
·         Dy untuk dia
Terdapat banyak lagi perkataan yang ditukarkan ejaan dan sebutannya. Bagaimana untuk kita memartabatkan bahasa Melayu jika remaja tidak mahu menggunakan bahasa yang betul?. Saya sendiri tidak tahu kenapa mereka menggunakan bahasa sedemikian. Adakah mungkin mereka mengalami kecelaruan bahasa atau emosi? Semua persoalan ini hanya mampu mereka jawab. Namun, bagi saya mereka ini hanya terikut-ikut dengan trend zaman sekarang. Remaja seperti ini mungkin juga kurang kasih sayang daripada keluarga sehingga menulis yang bukan-bukan dengan ejaan yang salah. Mereka buat  mungkin untuk menarik perhatian orang lain.
            Bahasa mampu mencerminkan bangsa kita. Namun, jika bahasa kita hancur dan rosak bagaimanakah mampu mencerminkan bangsa? Jika pelancong asing yang pandai berbahasa Melayu dan mampu menulis dalam bahasa Melayu, tidakkah kita malu dengan mereka?. Mereka mampu menggunakan bahasa yang betul, namun kita menggunakan bahasa yang salah. Oleh itu, eloklah kiranya para remaja membetulkan semula apa yang salah dan membiasakan yang betul. Selain itu, remaja juga mungkin boleh mengikuti semula kelas bahasa Melayu untuk membetulkan semula kesalahan bahasa yang sering dilakukan. Amalkanlah menggunakan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian. Bahasa merupakan nadi bangsa kita. Sekian.

No comments:

Post a Comment