Thursday 4 October 2012

BAHASA ROJAK


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
            Bersua lagi dalam entri kedua minggu ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai isu bahasa rojak. Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris.
            Bahasa rojak mampu membawa kesan negatif pada masa kini dan akan datang. Pertama, bahasa rojak mampu menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham. Kedua, impaknya ialah penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Ketiga, mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberikan kesan kepada ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undung-undang dan sebagainya. Impak yang terakhir dalam penggunaan bahasa rojak ialah menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki rakyat yang gagal berkomunikasi dengan baik.
Contoh bahasa rojak yang digunakan oleh masyarakat kita ialah seperti berikut :
1.      Situasi di restoran
Pelayan: You nak makan apa? You seleklah makan dari meja tu, you ambiklah apa you nak. Kemudian you bawak kat I, I kira bagi kat you.
Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan hormat.
Pelayan: You tak suka tak pa ...we all tak pernah dengar orang komplen pun .

2.      Situasi di pejabat
Pekerja : Bos petang ni bos ada meeting jam 2.30petang.
Bos : Baiklah, thank you.
Situasi-situasi ini menggambarkan bahawa bahasa rojak telah berleluasa disemua tempat di negara kita. Oleh itu, pelbagai langkah yang telah diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan masalah ini. Salah satu daripadanya ialah persidangan yang membincangkan permasalahan ini. Namun, bahasa rojak ini masih tidak dapat dibendung. Oleh yang demikian, kesedaran bersama perlu dalam menanggani masalah bahasa rojak ini. Marilah sama-sama kita memartabatkan bahasa ibunda, bahasa kebangsaan kita. Sesungguhnya Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian....

No comments:

Post a Comment