ASSALAMUALAIKUM...
Ketandusan idea membuatkan saya lama
berfikir untuk menulis mengenai apa pula pada entri kali ini. Tiba-tiba, saya
teringat untuk telefon ayah di kampung. Ayah saya adalah berketurunan Banjar,
maka entri kali ini saya ingin mengajar serba sedikit bahasa Banjar yang selalu
ayah gunakan di rumah.
Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat
di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan Indonesia. Bahasa Banjar
meruapakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Asal bahasa
ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar
Kandangan, Amuntai, Alabiu Alai, Masin dan lain-lain.
Perkataan banjar yang sering ayah gunakan di rumah adalah seperti
berikut :
·
Bagawi yang bermaksud bekerja
·
Bahari yang bermaksud dahulu kala
·
Bahirak yang bermaksud buang air besar
·
Kadak hingkat bermaksud tidak boleh
·
Palilak bermaksud bunga teratai
·
Kulaan bermaksud saudara-mara
·
Niring bermaksud tengok
Pada mulanya saya agak tidak faham
bahasa Banjar tapi setelah lama mendengar saya cuba faham sedikit demi sedikit.
Tambahan pula, sekarang saya sudah berpindah ke kampung ayah di mana hampir
kesemua masyarakat di situ berketurunan Banjar, jadi lebih mudah untuk saya
terus mendalami bahasa ini. Bahasa Banjar ini perlu terus diamalkan oleh
generasi muda agar tidak terus hilang begitu sahaja pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment