Wednesday, 24 October 2012

ADAB DAN BUDI BAHASA KITA...


Assalamualaikum w.b.t...
Ini adalah entri terakhir saya bagi memenuhi tuntutan kursus Sosiolinguistik.hehehe... Pada entri terakhir ini saya ingin ceritakan situasi yang saya dengar semasa menunggu kawan di pondok bas di Pintu Timur, UPSI.  Sementara saya menunggu kawan yang pergi membeli air di kedai runcit The Best, saya mendengar perbualan antara pemandu bas dengan seorang pelajar. Pemandu bas itu kelihatan seperti berumur 50 tahun lebih, namun bahasa yang pelajar tersebut gunakan seperti dia sedang bersembang dengan kawan-kawan sahaja. Pelajar tersebut langsung tidak beradab. Dia sepatutnya menggunakan kata sapaan  yang sesuai jika bercakap dengan orang yang lebih tua atau berusia. Berikut adalah dialog perbualan mereka yang sempat saya dengan :
            Pelajar            : Eh, kau rasa bas ke KUO ada tak?
            Pemandu bas : Kejap lagi sampai la tu nak.
            Pelajar                        : Kau bawa bas  ke mana ni?
            Pemandu bas : Bas ni pergi KHAR ja.

 Berdasarkan perbualan mereka menunjukkan bahawa pelajar tersebut langsung tidak mempunyai adab dalam perbualan dengan orang tua. Kedua-dua mereka adalah orang Melayu, orang Islam. Kenapa tidak gunakan adab-adab kita. Walaupun kita belajar tinggi janganlah kita berlagak dengan pak cik pemandu bas itu. Jagalah adab kita, kerana sikap kita mencerminkan siapa diri kita.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika sepanjang penulisan entri saya ada tersalah tulis, tersilap fakta, terkasar bahasa dan sebagainya. Semoga apa yang saya tulis boleh dijadikan panduan dan teladan semua kawan-kawan. Sekian...

Tuesday, 23 October 2012

DIALEK MELAKA YANG UNIK BUNYINYA...


Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi kita bersua dalam entri-entri terakhir ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan bernyawa untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang dialek Melaka yang baru saya pelajari. Selalunya bila saya mendaftar bagi sesebuah kelas atau kursus mesti susah untuk menemui pelajar dari negeri Bersejarah ini. Namun, apabila saya masuk kelas Kewartawanan bawah kursus kokurikulum, saya dapat kawan dari Melaka. Sebenarnya sudah lama saya ingin belajar dialek Melaka tapi tidak berkesempatan. Pada zaman sekolah dulu, ada juga saya belajar sikit-sikit dengan guru tingkatan saya.
Berikut adalah perkataan dalam dialek Melaka yang saya baru pelajari :      
Ambil = ambik
Ambuat = buat apa  (ko pergi sane ambuat? xde kje lain ke)
Ambo = hamba
Ape /apo  = apa
Bayau = bayar
Balajau  = Belajar
Benau  = benar
Besau = besar
Cabau = Cabar
C0ti =cuti
Dara/ank dara = panggilan kpd bdk2 perempuan
Dapek = dapat
Dak = budak ( dak ali gi mana ek?
Den = saya
Dengau = dengar
Dudok = duduk/ tinggal
Dokek = dekat
Ekau = engkau
Ghumah = rumah
Goa = saya
Gobok = almari
Haku = aku
Hanjing = anjing
Iyo / iye = ye
Jang /bujang = panggilan kpd bdk2 lelaki
Kau = Engkau
Kabau= khabar ( ape kabau ko?)
Kasau = kasar
Kebau = kerbau
K0nci =kunci
Kuak =Suruh org ke tepi (bdk2 ni kuak sikit.. nenek nak lalu)
Lado = lada
Lalok =lelap / mabuk 
Lebau = lebar
Lempau = Lempar
lopak - bekas pensel (bukan lopak air tepi jalan) haha
Loteng = tingkat atas (dibina drpd rumah teres 1 tingkt)
Lu = anda
Melengkau  = Melengkar
Membulau - membuta/tido
Mencanak - lari laju/lari lintang pukang
Nau = sangat
Oghang  = orang
Pasau = Pasar
Pagau = Pagar
Pehal = apa hal
Pencong = memotong (ketika racing je)
Periuk = piok
Rajo = raja      
Tampau = Tampar
Teko = cerek
Ulau = Ular


Perkataan yang akhirnya huruf ‘r’ akan bertukar kepada huruf ‘u’, seperti ular menjadi ulau. Dialek Melaka ini sangat menarik untuk kita pelajari kerana bunyi sebutannya yang unik. Marilah kita menjada dialek negeri kita agar tidak hilang pada masa akan datang... Sekian.

Monday, 22 October 2012

CIKGU OH CIKGU


Assalamualaikum...
Sedang duduk di tepi tingkap melihat hujan yang turun renyai-renyai. Fikiran melayang mengingat kembali saat di bangku sekolah dahulu. Jika dapat diputar semula masa ingin sekali berada disaat itu. Indah sungguh saat di bangku sekolah, ada cikgu yang baik hati, kawan-kawan yang sungguh mesra dan suasana pembelajaran yang seronok.  
Namun, saya bukanlah ingin menulis mengenai kenangan saya di sekolah dahulu tapi saya ingin menceritakan mengenai guru mata pelajaran bahasa Melayu saya. Seorang guru yang mengajar bahasa Melayu sepatutnya menggunakan bahasa Melayu standard bagi memastikan pelajarnya dapat menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Cikgu saya dulu mengajar menggunakan dialek, iaitu dialek Kedah. Kadang-kadang ada kawan saya yang tidak faham dengan dialek yang cikgu kami gunakan. selain itu, cikgu saya juga ada menggunakan perkataan bahasa Inggeris semasa mengajar bahasa Melayu. Bagaimana hendak memartabatkan bahasa kita sedangkan guru bahasa Melayu sendiri tidak menggunakan bahasa dengan betul.
Berikut contoh ayat yang cikgu saya gunakan :
1.      Hang pa buat reja muka surat 24 tu bagi siap no..
( kamu semua buat kerja muka surat 24 sampi siap ).
2.      Kalut la hang pa nie, nak pi mana?
( sibuk la kamu semua ni, nak pergi mana?)
Guru yang mengajar bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa Melayu standard bagi melatih pelajarnya dapat menggunakan bahasa yang betul. Bahasa Melayu itu indah.

EJAAN YANG SALAH??


Assalamualaikum...
            Pada penulisan kali ini saya ingin menceritakan mengenai kesalahan ejaan dalam media massa terutama sekali dalam surat khabar. Sedang sibuk mengemas stor, saya terjumpalah beberapa helai surat khabar lama. Saya pun tertarik untuk membacanya semula walaupun hanya surat khabar lama. Sibuk menyelak akhbar tersebut, saya terpandang satu tajuk berita, iaitu ‘MPAJ diminta tangani anjir liar’. Kenapa agak pelik tajuk beritanya?
            Bagaimana berita yang tersiar boleh salah ejaan? Hal ini amat perlu diambil perhatian oleh pihak penulis. Kesalahan ejaan melibatkan media massa amat perlu diberi perhatian kerana hal ini boleh menjatuhkan imej sesebuah syarikat penerbitan. Pihak penerbitan perlu menyemak semula berita yang ditulis sebelum dicetak untuk disiarkan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah peka dengan setiap kesalahan bahasa yang dilakukan sama ada di dalam surat khabar atau pun di mana-mana. Hal ini demikian kerana, Bahasa Kita Tanggungjawab Kita. Sekian...

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA


Assalamualaikum w.b.t...
Minggu ini minggu terakhir untuk penulisan entri blog bagi kursus Sosiolinguistik. Saya baru-baru ini ada membaca buku yang berbentuk ilmiah. Saya amat berminat membaca buku tersebut kerana cara penulisan dan penyampaiannya sangat menarik. Penulis menyelitkan unsur humor dalam penulisannya. Namun, terdapat kesalahan kata sendi nama yang digunakan. Kesalahan yang kerap kali penulis gunakan adalah penggunaan kata sendi nama dari dan daripada.
            Mari kita lihat terlebih dahulu  perbezaan mengenai kata sendi nama dari  dan daripada ini. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu manakala, daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, sumber dan kejadian asal atau perbezaan atau perbandingan.
            Kesalahan kata sendi nama yang ditemui adalah seperti berikut :
·        Angin bertiup kencang daripada arah Timur Laut.
( sepatutnya : Angin bertiup kencang dari arah Timur Laut.)
·        Surat utusan rindu itu dari Sang Pencinta yang terlalu merinduinya.
( sepatutnya : Surat utusan rindu itu daripada Sang Pencinta yang terlalu merinduinya.)
·        Suhu tubuhnya meningkat dari 37ºC kepada 39ºC.
( sepatutnya : Suhu tubuhnya meningkat daripada 37ºC kepada 39ºC. )
·        Mereka melakukan kerja pembersihan daripada sudut kiri surau.
( sepatutnya : Mereka melakukan kerja pembersihan dari sudut kiri surau. )
Penulis tidak menggunakan kata sendi nama yang salah. Pendedahan ini kurang dititik beratkan oleh penulis. Oleh itu, saya rasa penulis perlu memperbaiki mutu penulis agar tiada lagi kesalahan kata yang dilakukan.