Assalamualaikum
w.b.t...
Ini
adalah entri terakhir saya bagi memenuhi tuntutan kursus
Sosiolinguistik.hehehe... Pada entri terakhir ini saya ingin ceritakan situasi
yang saya dengar semasa menunggu kawan di pondok bas di Pintu Timur, UPSI. Sementara saya menunggu kawan yang pergi
membeli air di kedai runcit The Best, saya mendengar perbualan antara pemandu
bas dengan seorang pelajar. Pemandu bas itu kelihatan seperti berumur 50 tahun
lebih, namun bahasa yang pelajar tersebut gunakan seperti dia sedang bersembang
dengan kawan-kawan sahaja. Pelajar tersebut langsung tidak beradab. Dia sepatutnya
menggunakan kata sapaan yang sesuai jika
bercakap dengan orang yang lebih tua atau berusia. Berikut adalah dialog
perbualan mereka yang sempat saya dengan :
Pelajar : Eh, kau rasa bas
ke KUO ada tak?
Pemandu bas : Kejap lagi sampai la
tu nak.
Pelajar : Kau
bawa bas ke mana ni?
Pemandu bas : Bas ni pergi KHAR ja.
Berdasarkan perbualan mereka menunjukkan
bahawa pelajar tersebut langsung tidak mempunyai adab dalam perbualan dengan
orang tua. Kedua-dua mereka adalah orang Melayu, orang Islam. Kenapa tidak
gunakan adab-adab kita. Walaupun kita belajar tinggi janganlah kita berlagak
dengan pak cik pemandu bas itu. Jagalah adab kita, kerana sikap kita
mencerminkan siapa diri kita.
Di
kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika sepanjang penulisan entri saya ada
tersalah tulis, tersilap fakta, terkasar bahasa dan sebagainya. Semoga apa yang
saya tulis boleh dijadikan panduan dan teladan semua kawan-kawan. Sekian...
No comments:
Post a Comment