Assalamualaikum...
Syukur
ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi kita bersua dalam
entri-entri terakhir ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan bernyawa untuk
meneruskan perjalanan hidup ini. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi
tentang dialek Melaka yang baru saya pelajari. Selalunya bila saya mendaftar
bagi sesebuah kelas atau kursus mesti susah untuk menemui pelajar dari negeri
Bersejarah ini. Namun, apabila saya masuk kelas Kewartawanan bawah kursus
kokurikulum, saya dapat kawan dari Melaka. Sebenarnya sudah lama saya ingin
belajar dialek Melaka tapi tidak berkesempatan. Pada zaman sekolah dulu, ada
juga saya belajar sikit-sikit dengan guru tingkatan saya.
Berikut
adalah perkataan dalam dialek Melaka yang saya baru pelajari :
Ambil = ambik
Ambuat = buat apa (ko pergi
sane ambuat? xde kje lain ke)
Ambo = hamba
Ape /apo = apa
Bayau = bayar
Balajau = Belajar
Benau = benar
Besau = besar
Cabau = Cabar
C0ti =cuti
Dara/ank dara = panggilan kpd bdk2
perempuan
Dapek = dapat
Dak = budak ( dak ali gi mana ek?
Den = saya
Dengau = dengar
Dudok = duduk/ tinggal
Dokek = dekat
Ekau = engkau
Ekau = engkau
Ghumah = rumah
Goa = saya
Gobok = almari
Haku = aku
Haku = aku
Hanjing = anjing
Iyo / iye = ye
Iyo / iye = ye
Jang /bujang = panggilan kpd bdk2
lelaki
Kau = Engkau
Kabau= khabar ( ape kabau ko?)
Kasau = kasar
Kebau = kerbau
K0nci =kunci
Kuak =Suruh org ke tepi (bdk2 ni kuak
sikit.. nenek nak lalu)
Lado = lada
Lalok =lelap / mabuk
Lebau = lebar
Lempau = Lempar
lopak - bekas pensel (bukan lopak air tepi jalan) haha
Loteng = tingkat atas (dibina drpd rumah teres 1 tingkt)
Loteng = tingkat atas (dibina drpd rumah teres 1 tingkt)
Lu = anda
Melengkau = Melengkar
Membulau - membuta/tido
Mencanak - lari laju/lari lintang
pukang
Nau = sangat
Oghang = orang
Pasau = Pasar
Pagau = Pagar
Pagau = Pagar
Pehal = apa hal
Pencong = memotong (ketika racing je)
Periuk = piok
Rajo = raja
Tampau = Tampar
Teko = cerek
Ulau = Ular
Teko = cerek
Ulau = Ular
Perkataan yang akhirnya huruf ‘r’
akan bertukar kepada huruf ‘u’,
seperti ular menjadi ulau. Dialek Melaka ini sangat menarik
untuk kita pelajari kerana bunyi sebutannya yang unik. Marilah kita menjada
dialek negeri kita agar tidak hilang pada masa akan datang... Sekian.
No comments:
Post a Comment