Assalamualaikum...
Pada penulisan kali ini saya ingin
menceritakan mengenai kesalahan ejaan dalam media massa terutama sekali dalam
surat khabar. Sedang sibuk mengemas stor, saya terjumpalah beberapa helai surat
khabar lama. Saya pun tertarik untuk membacanya semula walaupun hanya surat
khabar lama. Sibuk menyelak akhbar tersebut, saya terpandang satu tajuk berita,
iaitu ‘MPAJ diminta tangani anjir liar’. Kenapa agak pelik tajuk beritanya?
Bagaimana berita yang tersiar boleh
salah ejaan? Hal ini amat perlu diambil perhatian oleh pihak penulis. Kesalahan
ejaan melibatkan media massa amat perlu diberi perhatian kerana hal ini boleh
menjatuhkan imej sesebuah syarikat penerbitan. Pihak penerbitan perlu menyemak
semula berita yang ditulis sebelum dicetak untuk disiarkan. Kita sebagai rakyat
Malaysia perlulah peka dengan setiap kesalahan bahasa yang dilakukan sama ada
di dalam surat khabar atau pun di mana-mana. Hal ini demikian kerana, Bahasa
Kita Tanggungjawab Kita. Sekian...
padu
ReplyDeletemaaf lambat 9 tahun hahahah
Delete