Friday, 12 October 2012

DIALEK TERENGGANU...


Assalamulaikum...
            Pada entri-entri yang lepas saya lebih banyak berkongsi tentang dialek orang sebelah utara, pada entri kali ini saya ingin bercerita tentang dialek orang Pantai Timur pula, iaitu dialek negeri Terengganu. Kita sendiri tahu bahawa dialek Pantai Timur ini sukar untuk kita fahami sama ada negeri Kelantan mahupun Terengganu. Sekarang ini, ceramah Ustaz Azhar menjadi budaya popular dalam kalangan masyarakat. Rata-rata masyarakat pernah mendengar atau menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus tersebut. Beliau menggunakan dialek Terengganu yang agak kuat sehingga terdapat perkataan yang tidak difahami bagi masyarakat di negeri lain selain Terengganu.
            Antara dialek yang sering saya dengar Ustaz Azhar Idrus gunakan dalam ceramahnya ialah :
·         Senyum sokmo : senyum selalu.
·         Rilek betor : rehat sekejap.
·         Come lote : sangat cantik,lawa, comel
·         Berat nanang : terlalu berat.
·         Ringan lepong : terlalu ringan
·         Hudoh lipang : terlalu hodoh.
·         Tawo hebeh : tawar sangat.
·         Masing rebing : masakan yang terlalu masin rasanya
·          Terang derang : suasana yang cerah, terang.
·         Gelap gelemap : gelap yang teramat sangat pada waktu malam biasanya.
·         Pakak gie belako : sepakat untuk pergi semua.
·         Kenang benor : berkenan sangat @ sangat suka.
·         Jupe mung di nung : jumpa kau di sana.
 Inilah antara perkataan yang sering digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya. Dialek yang saya kongsikan ini lebih banyak berkaitan kata penguat adjektif bagi dialek Terengganu. Saya suka mendengar dialek Terengganu ini, kerana bunyinya agak menarik. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah belajar semua dialek bahasa yang terdapat disetiap negeri. Rugilah kita jika tidak tahu langsung mengenai dialek bagi sesebuah negeri tersebut. Marilah belajar bahasa dialek kita...Sekian...

KEPENTINGAN RUJUKAN HORMAT...


Assalamualaikum...
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kudrat oleh-Nya untuk meneruskan penulisan entri blog saya ini. Pada penulisan kali ini saya ingin mengenegahkan masalah rujukan hormat yang diguna pakai secara sambil lewa. Sedang sibuk bermuka buku ‘facebook’ , saya terlihat satu poster mengenai program bicara wanita yang bertajuk ‘Indahnya Wanita, Penyejuk Mata, Penghibur Jiwa’. Saya meneliti poster tersebut kerana saya tertarik dengan tajuk yang akan dibincangkan. Walaupun program tersebut telah lepas pada hari jumaat minggu lepas, jika tidak bolehlah saya mengikutinya. Namun, di sini bukanlah saya ingin bercerita tentang program tersebut tetapi tentang penggunaan rujukan hormat bagi penceramah program tersebut.
            Jika kita lihat dari segi rujukan hormat yang standard ‘Yang BerBahagia’ digunakan untuk orang yang bergelar Tan Sri, Datuk, Profesor  dan  Doktor. Poster tersebut menggunakan rujukan hormat yang salah bagi penceramah tersebut. Penceramah tersebut tidak mempunyai gelaran anugerah seperti Datuk atau sebagainya maka, penggunaan rujukan hormat yang sesuai adalah ‘Yang Berusaha’ sahaja. Ulasan saya mengenai masalah ini adalah, pihak terbitan poster dan pihak penganjur perlu mengetahui senarai rujukan hormat yang betul agar tidak berlaku kesalahan lagi. Jika program melibatkan orang kenamaan, hal ini akan memalukan pihak penganjur.
Sekian, terima kasih.                                

Thursday, 11 October 2012

KATA PENGUAT ADJEKTIF DALAM DIALEK UTARA


Assalamualaikum...
            Pada entri kali ini saya ingin mengupas mengenai kata penguat adjektif dalam dialek Utara. Saya juga merupakan orang Utara yang mana emak saya berasal daripada Pulau Pinang. Oleh itu, tahulah saya serba sedikit tentang kata penguat adjektif yang sering digunakan oleh orang Utara yang terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Kata penguat adjektif ini bermaksud di mana kata penguat hadir selepas kata adjektif bagi menegaskan lagi kata adjektif tersebut.
            Kawan-kawan saya juga sering menggunakan kata penguat adjektif ini semasa berbual. Kebanyakkan kami berasal dari Utara. Baru-baru ini kami berbincang tentang kata penguat adjektif ini .  Kami memilih tajuk ini untuk membuat tugasan bagi subjek Sematik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Antara kata penguat adjektif yang sering kami kaji adalah seperti berikut :
            Manis melecaih : manis sangat
            Sejuk gedi : sejuk sangat
            Tawar hebiaq : sangat tawar
            Tinggi melayup : tinggi yang teramat sangat.
            Gelap gelemat : gelap gelita/ gelap pada waktu malam tampa ada cahaya.
Walaupun masih banyak kata penguat adjektif dalam dialek Utara tapi cukuplah yang ini dahulu saya kongsikan bersama. Jika kita tahu, dialek negeri lain juga terdapat penggunaan kata penguat adjektif ini. Sekian...

Wednesday, 10 October 2012

BERTAMBAH ROSAK BAHASA KITA...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

            Bangun pagi ini terus saya capai komputer riba saya untuk buka ‘facebook’ . Sedang sibuk meneliti maklumat-maklumat terbaru yang dihantar oleh kawan-kawan. Saya terpandang pada satu halaman kumpulan ini. Halaman ini menulis tentang ayat-ayat yang sering digunakan oleh remaja sekarang. Saya membaca ayat tersebut, Ya Allah, amatlah teruk sekali penggunaan bahasanya. Ejaan yang amat merosakkan bahasa Melayu. Mari kita tengok sama-sama ayat tersebut.

Ayat budak2 sekarang..

WTF : OIt ! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH ?
Me : Huh ? Ohhh ...
WTF : SoH , AwAck DuCk MaNeRW , UmOXx AwaCK BaPerW ?
Me : kjg , 17 .
WTF : ArE SaL NuN AwACK NhEe SorMBowng SanaRD ?
Me : Huh! =='
WTF : KawO InGaRt KaWo BaGush SanArd KHeeR , BerLaRGark , SormBornG , Bajet Nuck MaRMPoZ GOdIeeYaa PhUii !!
Me : Oke .
*After a few Minute Later =='
WTF : AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk BeTOrl TowieE YerHh :)
Me : K .
WTF : AwaCK YerrH POwNG JUnGUn ArHh SoRMBOwnG NuN TiTTEw .. :(
Me : ( Aperw Bubbee ayartt Koh NiH Arhkoe Tak pUrhamm Larhhh BunckSart ! )
WTF : ape yang awak anta saya tak paham !
Me : Tau pun abistu kAU INGAT AKU PAHAM KEH bende yang KAU ANTA SETAN
!

Ayat yang betul.

WTF : hoi ! hai, nak kenal dengan awak boleh?
Me : huh ? ohhh...
WTF : so, awak duduk mana, umur awak berapa?
Me : Kajang, 17.
WTF : asal dengan awak ni sombong sangat?
Me : Huh !
WTF :kau ingat kau bagus sangat ke, berlagak, sombong, bajet nak mapus ‘ godleeyaa phuii’.
*selepas 5 minit
            WTF : awak sory lar, saya main-main je, tak betol sory  yer.:)
Me : K
WTF : Awak yer pun jangan ar sombong dengan kita ..:(
Me : ( Apa babi ayat kau ni aku tak faham lar bangsat! )
WTF : Apa yang awak hantar saya tak faham
Me : tau pun habis tu kau ingat aku faham ke banda yang kau hantar syaitan !



Walaupun saya pernah mengupas mengenai isu penggunaan bahasa remaja pada entri saya dua minggu lepas. Namun, setelah melihat ayat tersebut saya teringin untuk berkongsi semula dengan kawan-kawan mengenai ayat tersebut. Jika kita lihat, ejaan yang digunakan 100% salah dalam bahasa Melayu. Saya sendiri pun tidak faham kesekuruhan ayat itu. Bahasa yang digunakan sukar untuk difahami. Oleh itu,bagaimana kita hendak mendidik remaja menggunakan bahasa yang betul.  Mampukah kita membetulkan penggunaan bahasa mereka ini? Sama-samalah kita berfikir tentang cara untuk mengatasinya. 

BELAJAR BAHASA BANJAR SIRI 2


ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Maka, oleh itu bolehlah saya meneruskan penulisan dalam blog saya ini. Setelah dua minggu saya menulis entri pelbagai maklumat yang saya telah kongsikan dengan kawan-kawan. Pada entri kali ini saya ingin meneruskan lagi berkongsi mengenai bahasa banjar.
            Jika entri saya yang lepas hanya beberapa perkataan sahaja yang saya sampaikan dalam bahasa banjar namun, kali ini saya ingin menambah lagi perkataan yang sering saya dengar ayah gunakan. Ayah sering menyuruh saya dan adik-beradik yang lain belajar bahasa banjar, namun saya agar sukar untuk belajarnya.
            Antara perkataan yang sering ayah gunakan di rumah adalah seperti berikut :
·         Aruh yang bermaksud kenduri.
·         Bapadah yang bermaksud memberitahu.
·         Semangka yang bermaksud tembikai.
·         Basurah yang bermaksud bercakap.
·         Ganal yang bermaksud  besar.
·         Halui yang bermaksud kecil.
·         Iwak yang bermaksud ikan.
·         Nginum yang bermaksud minum.
Inilah perkataan yang sering ayah gunakan di rumah ketika bercakap dengan emak atau saya adik-beradik. Apabila selalu dengar kami mulai faham bahasa banjar sedikit demi sedikit. Semoga bahasa banjar tidak hilang ditelan zaman.


Kuih tradisional orang Banjar ( kuih kalakater ).