Assalamulaikum...
Pada entri-entri yang lepas saya
lebih banyak berkongsi tentang dialek orang sebelah utara, pada entri kali ini
saya ingin bercerita tentang dialek orang Pantai Timur pula, iaitu dialek negeri
Terengganu. Kita sendiri tahu bahawa dialek Pantai Timur ini sukar untuk kita
fahami sama ada negeri Kelantan mahupun Terengganu. Sekarang ini, ceramah Ustaz
Azhar menjadi budaya popular dalam kalangan masyarakat. Rata-rata masyarakat
pernah mendengar atau menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus tersebut. Beliau
menggunakan dialek Terengganu yang agak kuat sehingga terdapat perkataan yang
tidak difahami bagi masyarakat di negeri lain selain Terengganu.
Antara dialek yang sering saya
dengar Ustaz Azhar Idrus gunakan dalam ceramahnya ialah :
·
Senyum sokmo : senyum selalu.
·
Rilek betor : rehat sekejap.
·
Come lote : sangat cantik,lawa, comel
·
Berat nanang : terlalu berat.
·
Ringan lepong : terlalu ringan
·
Hudoh lipang : terlalu hodoh.
·
Tawo hebeh : tawar sangat.
·
Masing rebing : masakan yang terlalu
masin rasanya
·
Terang
derang : suasana yang cerah, terang.
·
Gelap gelemap : gelap yang teramat
sangat pada waktu malam biasanya.
·
Pakak gie belako : sepakat untuk pergi
semua.
·
Kenang benor : berkenan sangat @ sangat
suka.
·
Jupe mung di nung : jumpa kau di sana.
Inilah antara perkataan yang sering digunakan
oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya. Dialek yang saya kongsikan ini lebih
banyak berkaitan kata penguat adjektif bagi dialek Terengganu. Saya suka
mendengar dialek Terengganu ini, kerana bunyinya agak menarik. Kita sebagai
rakyat Malaysia perlulah belajar semua dialek bahasa yang terdapat disetiap
negeri. Rugilah kita jika tidak tahu langsung mengenai dialek bagi sesebuah
negeri tersebut. Marilah belajar bahasa dialek kita...Sekian...
No comments:
Post a Comment