Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Ilahi kerna masih diberi kudrat oleh-Nya untuk meneruskan penulisan entri blog
saya ini. Pada penulisan kali ini saya ingin mengenegahkan masalah rujukan
hormat yang diguna pakai secara sambil lewa. Sedang sibuk bermuka buku ‘facebook’ , saya terlihat satu poster
mengenai program bicara wanita yang bertajuk ‘Indahnya Wanita, Penyejuk Mata, Penghibur
Jiwa’. Saya meneliti poster tersebut kerana saya tertarik dengan tajuk yang
akan dibincangkan. Walaupun program tersebut telah lepas pada hari jumaat
minggu lepas, jika tidak bolehlah saya mengikutinya. Namun, di sini bukanlah
saya ingin bercerita tentang program tersebut tetapi tentang penggunaan rujukan
hormat bagi penceramah program tersebut.
Jika kita lihat dari segi rujukan
hormat yang standard ‘Yang BerBahagia’ digunakan untuk orang yang bergelar Tan
Sri, Datuk, Profesor dan Doktor. Poster tersebut menggunakan rujukan hormat
yang salah bagi penceramah tersebut. Penceramah tersebut tidak mempunyai
gelaran anugerah seperti Datuk atau sebagainya maka, penggunaan rujukan hormat
yang sesuai adalah ‘Yang Berusaha’ sahaja. Ulasan saya mengenai masalah ini adalah,
pihak terbitan poster dan pihak penganjur perlu mengetahui senarai rujukan
hormat yang betul agar tidak berlaku kesalahan lagi. Jika program melibatkan
orang kenamaan, hal ini akan memalukan pihak penganjur.
Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment