ASSALAMUALAIKUM
W.B.T....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di atas muka
bumi ini. Maka, oleh itu bolehlah saya meneruskan penulisan dalam blog saya
ini. Setelah dua minggu saya menulis entri pelbagai maklumat yang saya telah
kongsikan dengan kawan-kawan. Pada entri kali ini saya ingin meneruskan lagi
berkongsi mengenai bahasa banjar.
Jika entri saya yang lepas hanya
beberapa perkataan sahaja yang saya sampaikan dalam bahasa banjar namun, kali
ini saya ingin menambah lagi perkataan yang sering saya dengar ayah gunakan.
Ayah sering menyuruh saya dan adik-beradik yang lain belajar bahasa banjar,
namun saya agar sukar untuk belajarnya.
Antara perkataan yang sering ayah
gunakan di rumah adalah seperti berikut :
·
Aruh yang bermaksud kenduri.
·
Bapadah yang bermaksud memberitahu.
·
Semangka yang bermaksud tembikai.
·
Basurah yang bermaksud bercakap.
·
Ganal yang bermaksud besar.
·
Halui yang bermaksud kecil.
·
Iwak yang bermaksud ikan.
·
Nginum yang bermaksud minum.
Inilah
perkataan yang sering ayah gunakan di rumah ketika bercakap dengan emak atau
saya adik-beradik. Apabila selalu dengar kami mulai faham bahasa banjar sedikit
demi sedikit. Semoga bahasa banjar tidak hilang ditelan zaman.
Kuih tradisional orang Banjar ( kuih kalakater ).
No comments:
Post a Comment