Assalamualaikum
w.b.t...
Minggu
ini minggu terakhir untuk penulisan entri blog bagi kursus Sosiolinguistik. Saya
baru-baru ini ada membaca buku yang berbentuk ilmiah. Saya amat berminat
membaca buku tersebut kerana cara penulisan dan penyampaiannya sangat menarik.
Penulis menyelitkan unsur humor dalam penulisannya. Namun, terdapat kesalahan
kata sendi nama yang digunakan. Kesalahan yang kerap kali penulis gunakan
adalah penggunaan kata sendi nama dari
dan daripada.
Mari kita lihat terlebih dahulu perbezaan mengenai kata sendi nama dari dan daripada
ini. Kata sendi nama dari
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat,
atau waktu manakala, daripada hadir
di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan
atau benda, sumber dan kejadian asal atau perbezaan atau perbandingan.
Kesalahan kata sendi nama yang
ditemui adalah seperti berikut :
·
Angin bertiup kencang daripada arah
Timur Laut.
( sepatutnya : Angin
bertiup kencang dari arah Timur Laut.)
·
Surat utusan rindu itu dari Sang
Pencinta yang terlalu merinduinya.
( sepatutnya : Surat
utusan rindu itu daripada Sang Pencinta yang terlalu merinduinya.)
·
Suhu tubuhnya meningkat dari 37ºC kepada 39ºC.
( sepatutnya : Suhu
tubuhnya meningkat daripada 37ºC
kepada 39ºC.
)
·
Mereka melakukan kerja pembersihan
daripada sudut kiri surau.
( sepatutnya : Mereka
melakukan kerja pembersihan dari sudut kiri surau. )
Penulis
tidak menggunakan kata sendi nama yang salah. Pendedahan ini kurang dititik
beratkan oleh penulis. Oleh itu, saya rasa penulis perlu memperbaiki mutu
penulis agar tiada lagi kesalahan kata yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment