Assalamualaikum...
Indah
sungguh ciptaan Allah. Alhamdulillah hari ini cerah, cuaca elok dan
alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk terus bernafas pada hari ini. Pada
kali ini entri blog saya adalah berkisar mengenai kesalahan hukum D-M yang selalu
kita gunakan. Peraturan atau hukum
D-M ini bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan
(M). Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, dalam peraturan ini unsur diterangkan
itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur
menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang
kedua. Ini ialah contoh hukum D-M ynag betul :
FRASA
NAMA
|
|
Diterangkan
(D)
|
Menerangkan
(M)
|
Klinik
Baju
Kelapa
Askar
Lampu
|
Gigi
Kurung
Sawit
Jepun
Minyak
|
Kesalahan
hukum D-M yang sering dilakukan adalah seperti ini :
·
Aminah Restoran sepatutnya Restoran
Aminah.
·
Raju Klinik sepatutnya Klinik Raju.
·
Kerinting Rambut Salon sepatutnya Salon
Kerinting Rambut.
No comments:
Post a Comment