Assalamualaikum...
Saya teringin sangat untuk terbang
ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Menurut
apa yang saya ketahui Sarawak mempunyai tempat-tempat yang menarik. Tempat-tempat
menarik itu seperti bandar Kuching, Taman Negara Bako dan banyak lagi. Di samping
itu, bahasa atau dialek Sarawak juga unik dan menarik untuk dipelajari. Saya mempunyai
seorang kawan yang berasal dari Sarawak. Dia tinggal di dearah kecil Julau,
Sarikei. Apabila selalu bersembang dengannya, saya tertarik untuk belajar
dialeknya.
Antara perkataan yang sempat saya
pelajari adalah seperti berikut :
- Kamek : Saya
- Kitak : Awak
- Belon : Kapal Terbang
- Kacak : Cantik
- Kamek : Saya
- Kitak : Awak
- Belon : Kapal Terbang
- Kacak : Cantik
- Manok : Ayam
- Pusak : Kucing
- Nyaman : Sedap
- Lawa : Sombong
- Pusak : Kucing
- Nyaman : Sedap
- Lawa : Sombong
Perkataan
inilah mula-mula saya belajar daripada kawan saya. Terdapat perbezaan dengan
dialek negeri-negeri lain. Oleh itu, berhati-hatilah bila bercakap di tempat
orang kerana mungkin maknanya menjadi lain bagi mereka. Jom jelajah negeri
Sarawak bersama-sama. Sekian...
No comments:
Post a Comment