ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA...
Saya
ada satu cerita menarik yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Benda
ini sudah lama berlaku, namun baru sekarang berkesempatan untuk dikongsikan
bersama. Masa cuti semester yang lalu saya berkesempatan pergi bersiar-siar di
Pulau Pinang bersama keluarga. Kami pusing-pusing satu Penang. Kemudian, kami
pergi ke Padang Kota untuk menikmati pasembur. Pasembur Penang teramat sedap.
Namun, di sini bukanlah saya ingin
bercerita mengenai semua itu tapi saya ingin menceritakan mengenai masalah
‘turn-taking’. ‘Turn-taking’ atau dalam
bahasa Melayu ialah mencelah merupakan satu tingkah laku yang tidak sopan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini
acapkali berlaku pada kanak-kanak atau remaja yang mana suka mencelah semasa
orang tua berbual-bual. Terdapat adab-adab dalam mencelah yang perlu kita
ketahui.
Adab adalah terdiri daripada berikut
:
·
Hendaklah kita diam dan mendengar dari orang yang
lebih mulia ... lebih berilmu dan lebih tua umurnya ... Di samping mendengar,
juga perlu menghadap kepadanya dan memandang mukanya ... macam bila kita
memandang khatib bila berada bersama-sama jemaah solat Juma'at ataupun di
majlis ilmu
·
Jangan mencelah hingga orang selesai bercakap di
dalam suatu majlis ... kerana pada satu-satu majlis, orang-orang yang berakal
tidak akan bercakap kepada dua orang sekali gus.
·
Jangan memotong percakapan seseorang .. jangan
memperbaiki, mengkritik, menyalahkan atau merendahkan ucapannya ... ni kes
orang-orang yang suka menokok tambah cakap orang lain secara beradap atau pun
di belakangnya ... biasanya sampai berlaku salah tafsir cakap orang
(misinterpretation) ... BAHAYA nih!!!
Allah
s.w.t berfirman:
"Dan
berkatalah kepada manusia dengan yang baik".
(Soorah
Al Baqarah ayat 83)
"Dan
janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan sesuatu yang lebih baik" (Soorah
Al Ankabut ayat 46)
Semasa
berada di Pulau Pinang saya memerhatikan gelagat ramai orang. Kemudian saya
terpandang satu keluarga yang sedang bersembang-sembang antara mereka. Saya
mendengar ada seorang remaja daripada kalangan keluarga tersebut yang asyik
mencelah apabila orang tuanya bersembang. Pada saya perkara ini adalah sangat
tidak sopan. Sepatutnya dia tidak boleh mencelah sewenang-wenangnya semasa
orang yang lebih tua berbual. Oleh itu, saya kongsikan adab di atas untuk
panduan mencelah yang boleh digunakan oleh rakan-rakan semua....:)
No comments:
Post a Comment