ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi
kerana masih diberikan kudrat oleh Allah untuk menulis entri ketiga pada minggu
ini. Walaupun badan panas, terasa seperti hendak demam namun, tugasan atau
diari pada minggu ini harus diteruskan juga. Pada kali ini saya ingin berkongsi
serba sedikit tentang budaya di kaunter. Budaya di kaunter ini berkait rapat
juga dengan bahasa yang digunakan. Jika kita pernah menonton iklan senyum dan
terima kasih yang selalu disiarkan di
televisyen yang telah diterbitkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK )
merupakan antara salah satu budaya di kaunter.
Budaya
di kaunter ini amat digalakkan oleh pihak KPKK kerana kebanyakannya pegawai
yang bertugas di kaunter tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan
tugas. Kempen senyum dan terima kasih diadakan
bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya
senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
Baru-
baru ini, saya pergi ke salah sebuah pejabat yang dirahsiakan namanya untuk
menuntut sijil. Layanan yang diberikan teramat teruk. Saya memberi salam namun,
langsung tidak diendahkan. Saya cuba untuk berfikiran positif dengan menganggap
dia menjawab salam di dalam hati. Kemudian, saya bertanya kepada kerani
tersebut dan dengan muka yang masam semasam limau itu dia halau saya dan
kawan-kawan keluar dari pejabat itu kerana katanya kerani yang bertugas untuk
memberikan sijil itu tiada. Hilang rasa kesabaran saya, sudahlah cakap langsung
tidak sopan, senyum juga payah. Sebeginikah amalan yang baik bagi seorang
pegawai di kaunter? Jika semua pegawai di kaunter seperti ini pasti akan
menjatuhkan imej negara pada pandang
pelancong asing.
Nilai-nilai
murni amat perlu diterapkan pada semua pegawai yang berkhidmat di kaunter. Kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah lebih bersifat mesra dan sopan dalam
menjalankan tugas. Pernah saya menemu ramah pelancong asing mengenai sikap
orang Malaysia dan mereka berkata bahawa rakyat Malaysia sangat mesra dan baik.
Namun, jika mereka berjumpa dengan pegawai-pegawai yang tidak mesra seperti
pegawai di kaunter ini mungkin pandangan mereka terhadap kita akan berubah. Mereka bukan sahaja tidak mesra malah susah
sungguh untuk melemparkan senyuman. Terlalu mahalkah senyuman untuk diberikan
kepada pelanggan? kepada semua yang berkerja di kaunter sama-samalah
mengamalkan nilai-nilai murni di kaunter. Renung-renungkan dan selamat
beramal...Sekian.
No comments:
Post a Comment