Monday 22 October 2012

EJAAN YANG SALAH??


Assalamualaikum...
            Pada penulisan kali ini saya ingin menceritakan mengenai kesalahan ejaan dalam media massa terutama sekali dalam surat khabar. Sedang sibuk mengemas stor, saya terjumpalah beberapa helai surat khabar lama. Saya pun tertarik untuk membacanya semula walaupun hanya surat khabar lama. Sibuk menyelak akhbar tersebut, saya terpandang satu tajuk berita, iaitu ‘MPAJ diminta tangani anjir liar’. Kenapa agak pelik tajuk beritanya?
            Bagaimana berita yang tersiar boleh salah ejaan? Hal ini amat perlu diambil perhatian oleh pihak penulis. Kesalahan ejaan melibatkan media massa amat perlu diberi perhatian kerana hal ini boleh menjatuhkan imej sesebuah syarikat penerbitan. Pihak penerbitan perlu menyemak semula berita yang ditulis sebelum dicetak untuk disiarkan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah peka dengan setiap kesalahan bahasa yang dilakukan sama ada di dalam surat khabar atau pun di mana-mana. Hal ini demikian kerana, Bahasa Kita Tanggungjawab Kita. Sekian...

2 comments: