Monday 22 October 2012

CIKGU OH CIKGU


Assalamualaikum...
Sedang duduk di tepi tingkap melihat hujan yang turun renyai-renyai. Fikiran melayang mengingat kembali saat di bangku sekolah dahulu. Jika dapat diputar semula masa ingin sekali berada disaat itu. Indah sungguh saat di bangku sekolah, ada cikgu yang baik hati, kawan-kawan yang sungguh mesra dan suasana pembelajaran yang seronok.  
Namun, saya bukanlah ingin menulis mengenai kenangan saya di sekolah dahulu tapi saya ingin menceritakan mengenai guru mata pelajaran bahasa Melayu saya. Seorang guru yang mengajar bahasa Melayu sepatutnya menggunakan bahasa Melayu standard bagi memastikan pelajarnya dapat menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Cikgu saya dulu mengajar menggunakan dialek, iaitu dialek Kedah. Kadang-kadang ada kawan saya yang tidak faham dengan dialek yang cikgu kami gunakan. selain itu, cikgu saya juga ada menggunakan perkataan bahasa Inggeris semasa mengajar bahasa Melayu. Bagaimana hendak memartabatkan bahasa kita sedangkan guru bahasa Melayu sendiri tidak menggunakan bahasa dengan betul.
Berikut contoh ayat yang cikgu saya gunakan :
1.      Hang pa buat reja muka surat 24 tu bagi siap no..
( kamu semua buat kerja muka surat 24 sampi siap ).
2.      Kalut la hang pa nie, nak pi mana?
( sibuk la kamu semua ni, nak pergi mana?)
Guru yang mengajar bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa Melayu standard bagi melatih pelajarnya dapat menggunakan bahasa yang betul. Bahasa Melayu itu indah.

No comments:

Post a Comment