Wednesday 24 October 2012

ADAB DAN BUDI BAHASA KITA...


Assalamualaikum w.b.t...
Ini adalah entri terakhir saya bagi memenuhi tuntutan kursus Sosiolinguistik.hehehe... Pada entri terakhir ini saya ingin ceritakan situasi yang saya dengar semasa menunggu kawan di pondok bas di Pintu Timur, UPSI.  Sementara saya menunggu kawan yang pergi membeli air di kedai runcit The Best, saya mendengar perbualan antara pemandu bas dengan seorang pelajar. Pemandu bas itu kelihatan seperti berumur 50 tahun lebih, namun bahasa yang pelajar tersebut gunakan seperti dia sedang bersembang dengan kawan-kawan sahaja. Pelajar tersebut langsung tidak beradab. Dia sepatutnya menggunakan kata sapaan  yang sesuai jika bercakap dengan orang yang lebih tua atau berusia. Berikut adalah dialog perbualan mereka yang sempat saya dengan :
            Pelajar            : Eh, kau rasa bas ke KUO ada tak?
            Pemandu bas : Kejap lagi sampai la tu nak.
            Pelajar                        : Kau bawa bas  ke mana ni?
            Pemandu bas : Bas ni pergi KHAR ja.

 Berdasarkan perbualan mereka menunjukkan bahawa pelajar tersebut langsung tidak mempunyai adab dalam perbualan dengan orang tua. Kedua-dua mereka adalah orang Melayu, orang Islam. Kenapa tidak gunakan adab-adab kita. Walaupun kita belajar tinggi janganlah kita berlagak dengan pak cik pemandu bas itu. Jagalah adab kita, kerana sikap kita mencerminkan siapa diri kita.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika sepanjang penulisan entri saya ada tersalah tulis, tersilap fakta, terkasar bahasa dan sebagainya. Semoga apa yang saya tulis boleh dijadikan panduan dan teladan semua kawan-kawan. Sekian...

No comments:

Post a Comment